Merawat Jeragat

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

 

Penyebabnya:

1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.

2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.

3. Gelisah dan tidak cukup tidur.

4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.

5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

 

 

Rawatan Moden

 

a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

 

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan

pemulihan.

Rawatan Tradisional


Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

 

Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

About these ads

8 Komen (+add yours?)

  1. mai
    Mac 05, 2011 @ 01:17:17

    saya ada mslah jergat di wajah sbelah kiri…
    jrgat trsebut sgt kelihtan di wjah sy.
    mcm mne cre boleh mghilangkannya..
    adakh mgunakan laser utk mghilngkn jrgat selamt

    Balas

  2. pinggouu
    Mac 07, 2011 @ 04:28:58

    sy pon x tahu sgt pasal kegunaan laser dimuka..tapi sy pernh la buat sekali di spa..tapi kalu dia x diulangi dai akan naik lagi..so kita perlu kuarkan duit lagi..memang la untuk kecantikan kita sanggup perabiskan wang..tapi kalu kita guna cara tradisional ia lebih berbaloi selalmat dan menjimatkan kita..kita pon tahu rawatan tradisional lebih baik dan mengekalkan kulit asli kita..jadi lebih baikla kita menggunakan rawatan tradisional.tapi ia terpulang pada individu itu sendiri…sy dah try rawatan tradisional..alhamdulillah kulit sy x bermasalah lagi..

    Balas

  3. daniel
    Jul 01, 2011 @ 05:05:26

    agak bape bulan leh elok muke

    Balas

  4. pinggouu
    Jul 04, 2011 @ 06:39:15

    insyaallah kalu selalu amalkan cepatla ia beransur pulih…

    Balas

  5. mama
    Jul 30, 2011 @ 13:35:57

    u punye kes, brape lame amalan yg dibuat hingga hilang jeragat tu?

    Balas

  6. pinggouu
    Ogo 04, 2011 @ 02:25:46

    ikot pada kulit muka sy..sy akui kulit sy dahulu ada sedikit minyak..dan sy x menjaganya sehingga jeragat kecil timbul..sy takot dan bimbang sgt kalau dia akan naik dgn banyak..mcm2 sy buat untuk menghilangnya..pergi spa..tp kalu x ulangi dia akan tetap sama mcm dulu sehinggalah sy dpt petua ini dr nenek sy..alhamdulillah kulit sy kembali pulih..dalam jangka seminggu lebih sahaja…sy syukur sgt2..sekarang masalah kulit muka sy dapat di atasi…

    Balas

  7. Gee
    Nov 10, 2011 @ 04:46:37

    Hi, boleh saya tau anda menggunakan cara yg mn satu (kulit sembuh semninggu lebih)?

    Balas

  8. pinggouu
    Nov 10, 2011 @ 05:54:30

    cuba gunakan kulit pisang berangan..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: