Petua Untuk Menjaga Kemaluan Wanita

1. Disyorkan anda membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air.

 

2. Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak.  Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

 

3. Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

 

4. Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit serta menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dan buih sabun.

 

5. Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurankan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

 

6. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

 

7. Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

 

8. Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

 

9.Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

 

10. Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: