cinta

Cinta yang dilahirkan dengan perasaan tidak akan menemui kebahagiaan. Sebaliknya ia akan memamah diri hingga menjadi tulang-temulang yang tidak berguna.

Usah disimpan bara dendam di hati. Kelak ia akan memakan diri sendiri. Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. Cinta ialah bukan satu permainan. Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri.

Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun insane terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui.

Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati.


Tanamilah benih cinta, siramilah ia dengan kasih sayang berbajakan pengorbanan agar ia subur menjadi buah yang penuh kebahagiaan

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.

Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.

Bolehkah aku hidup tanpanya…

Jangan berkahwin dengan orang yang anda BOLEH hidup bersamanya. Berkahwinlah dengan orang yang anda TIDAK BOLEH hidup tanpanya. Kita mungkin boleh hidup dengan ramai orang, tetapi ada seseorang dalam dunia ini yang kita mungkin tidak boleh hidup tanpanya. Maka dialah orangnya.”

cinta

Cinta itu kejujuran kerana cinta tidak pernah memaksa.

Cinta itu murni kerana cinta memerlukan ketulusan hati.

Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan.

Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan.

Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan.

Cinta itu kemaafan kerana cinta sangat sensitif.

Cinta itu kesetiaan kerana cinta hanya pada yang satu.

Cinta itu persahabatan kerana cinta asasnya kepercayaan.

Cinta itu inspirasi kerana cinta membina kekuatan

adakah aku sanggup berkongsikan cintaku,,,

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu khusus untuk dirinya sahaja. Dia tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, dalam pada ingin menakluki, dia juga ingin ditakluki sepenuhnya. Bagaimana dengan anda? Sanggupkah berkongsi?

sabar………….

1. Bertanya secara terbuka dengan menjalin komunikasi tentang perasaan cemburu kita pada pasangan tanpa rasa takut dan malu.

2. Tenangkan diri kita terlebih dahulu agar emosi tidak menguasai kita.

3. Minta nasihat pada orang kita mempercayai. Tanya pendapat mereka.

4. Jangan tunjukkan perasaan cemburu anda pada hal-hal yang boleh merosakkan sebuah hubungan.

5. Tarik nafas dalam-dalam atau minum air suam terlebih dahulu kerana oksigen yang masuk dalam otak dan tubuh kita, akan membuat kita berfikir lebih rasional.

6. Berfikir positif kerana dengan cara ini kita mengambil langkah yang tepat untuk mengetahui cara terbaik dalam mengatasi perasaan cemburu yang  ada dalam fikiran dan hati kita.

petua menghilangkan kelemumur

1. Ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. Rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi untuk membasuh kepala anda. Selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.

2. Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu tapis dan sapukan air itu pada kepala. Biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.

3. Ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. Ramas semua bahan sehinga berlendir. Lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.

4. Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.

untukmu

aku amat menyaayangimu hanya itu yang aku tahu..kaulah kekasihku..

aku amat memerlukan mu untuk melengkapi hidupku..

kaulah segala2nya bagiku..aku x tahu knp aku sgt2 menyayangimu..tapi aku tahu hatiku telah benar2 dekat padamu..kerana setiap saat hanya namamu yg selalu hatiku sebut..hanya wajahmu yg selalu aku dambakan…

aku telah benar2 jatuh cinta padamu..tidakkah engkau sedari perasaan ku ini ada padamu..dan terlalu menyayangimu..aku tidak sanggup berpisah denganmu..bagiku kaulah segala2nya..kaulah yg aku mahu dlm hidupku..tiada orang lain hanya kamu..fahamilah hatiku..aku benar2 cintaku seiklas hatiku..lahir dari lubuk hatiku aku amat memerlukanmu…

hanya kamu sayangku..Daniel..

i love u so much..

%d bloggers like this: