GERAK GERI KUCING

Ramai orang Melayu gemar memelihara kucing di rumah.  Namun pernahkah terlintas di fikiran anda apakah maksud dalam tiap gerak geri kucing?  Orang Melayu dahulu ada memberi petua tentang gerak geri kucing yang boleh dijadikan renungan.

* Jikalau kucing tidur di atas ikat kepala, terbus, kopiah atau topi, alamatnya orang yang memeliharanya akan beroleh harta. 

* Jikalau kucing masuk ke dalam ikat kepala, kupluk, terbus atau topi sehingga badannya tidak kelihatan, alamatnya orang yang memeliharanya akan mendapat keuntungan daripada pendita atau raja.

* Jikalau kucing berada di sudut rumah sekian lama dan tidak berniat pergi, alamatnya orang yang memeliharanya akan mendapat kiriman barang yang menyenangkan atau menerima keuntungan.

* Jikalau kucing tidur nyenyak di atas baju, alamatnya ada orang akan datang membawa barang.

* Jikalau kucing duduk dengan kedua-dua kakinya di belakang sedangkan dua kaki hadapannya berdiri tegak, sambil mengangguk-anggukkan kepala seperti menyembah, alamatnya orang yang memeliharanya akan beroleh ampun dan kurnia daripada Tuhan yang maha kuasa.

* Jikalau kucing selalu mengguling-gulingkan punggungnya di tanah atau rumput, alamatnya ada orang yang sedang cuba melakukan kejahatan pada tuannya.

* Jikalau kucing mengasah kukunya di dalam rumah, tuan rumah harus awas kerana ada orang yang akan melakukan rompakan di rumah itu.

Jika anda  peminat kucing, harus perhatikan hal ini.  Sekiranya kucing peliharaan terus menerus memandang tuannya, tuannya harus lekas-lekas menyembur kucing itu dengan air.  Jika berjaya melaksanakan syarat itu, tuannya akan beroleh rezeki yang banyak.  Semua ini sekadar petua, jangan pula sampai anda sembur air ke arah kucing anda setiap hari

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: