Mengawal perasaan marah

KAWAL kemarahan anda pada masa anda hampir naik radang dan melakukan sesuatu yang anda mungkin akan menyesalinya kemudian.

1.Tarik nafas panjang dan perlahan, kemudian kira dari satu hingga 10 apabila anda berasa bahang  kemarahan semakin meluap. Gunanya masa pernafasan ini ialah untuk menahan diri anda daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru.

2. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, kerana mungkin pihak yang tersinggung itu tidak mempunyai pilihan lain. Pertimbangkan sama ada kemarahan anda itu mempunyai alasan yang kuat.

3. Fikir mengenai matlamat dan sebab yang menjadi punca kemarahan anda. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokus ke atas punca sebenar yang mencetuskan kemarahan anda.

4. Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal. Sebagai contoh, sekiranya anda merasakan ketua anda melayani anda secara tidak adil, tenangkan diri dulu dan kemudian bersemuka dengannya mengenai perkara itu. Kawal diri daripada melepaskan kemarahan dan melepaskan geram kepada orang bawahan atau rakan sejawat anda.

5. Keletihan boleh membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.

6. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.

7. Sekiranya anda tahu akan isu khusus yang membangkitkan kemarahan, elakkan daripada berhadapan dengannya.

8. Lambat atau berasa ketinggalan mungkin boleh mencetuskan kemarahan anda dengan lebih mudah. Jadualkan hari anda dengan memberikan masa lebih daripada cukup untuk berulang-alik dan membuat kerja lain yang perlu.

9. Elakkan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat 

Petua ISLAM Untuk Mengawal Perasaan Marah

 

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: “…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui.” (al-A’raf 7:200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: “Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring.” (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk.” (Abu Daud) Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Al-Tirmizi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: