Melicinkan muka

Basuh daun pegaga hingga bersih. Tumbuk lumat, campur dengan bedak sejuk, gentel dan jemur hingga kering. Jadikan bedak sejuk dan sapu pada wajah.

Merawat Jeragat

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

 

Penyebabnya:

1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.

2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.

3. Gelisah dan tidak cukup tidur.

4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.

5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

 

 

Rawatan Moden

 

a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

 

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan

pemulihan.

Rawatan Tradisional


Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

 

Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Tegang dan montok

Pilihan 1: Kupas sebiji labu dan masak sehingga empuk atau lembik. Ramas labu itu ketika masih suam. Kemudian sapukan pada keseluruhan payudara anda. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Amalkan petua ini sebanyak 2 kali seminggu.

Pilihan 2: Sediakan beberapa helai daun sirih. Layurkan di atas api dan angkat setelah agak panas. Pastikan daun sirih tidak terbakar. Kemudian tekapkan kepada payudara. Bentukkan ia seperti cawan kopi tetapi tidak menutup puting. Selepas itu, pakai coli seperti biasa dan biarkan sehingga 2 atau 3 jam. Jika berkesempatan, amalkan petua ini setiap hari.

<span> </span>

Pilihan 3: Anda juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payu dara yang diingini. Urutan dengan mengelilingi payudara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia mengeras.

<span> </span>

Pilihan 4: Anda juga boleh lakukan senaman untuk payudara. Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan

Penyeri Muka

Petua 1:

1. Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.

2. Sapukan teh tersebut ke muka. 10 minit kemudian basuhlah dengan air bersih.

 

Petua 2:

1.  Sapukan muka anda dengan putih telur.

2. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bersihkan dengan air.

3. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

Aweks Muda

Anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

1. Makan Begitu Saja

– Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

– Jadikan pucuk gajus sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.

2. Minum Air Rebusan

– Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

– Rebus pucuk gajus sehingga mendidih.

– Apabila sudah mendidih, biarkan ia suam dan minum air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Ia juga baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Kata hatiku..

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah kalah, jika anda masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan anda tidak mencintainya lagi, jika anda masih tidak dapat melupakannya.



Kata cintaku

Ketika cinta memanggilku, maka aku akan melewatinya walau jalannya berliku-liku. Jika cinta memelukku akan ku dakap engkau walau pedang di sela-sela sayapnya melukai tubuh ku. Aku hanya ingin menyentuh tangan keabadian kerana  cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia. Cinta ku pada mu membangkitkan semangat hidup ku. Wahai Cinta ku, di manakah kau berada?



Previous Older Entries

%d bloggers like this: