Putus Cinta

1.Jangan Hubungi Pasangan Anda

Jangan call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja

Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan

Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda. Ia mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah, kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

2 Komen (+add yours?)

  1. Kamal Amir
    Aug 25, 2011 @ 02:30:54

    nasihat yg selalu org bg.. haha.. tapi, mmg terbaik!! insyaallah akan try..
    bukan senang nak lupakan org yg kite syg.. walaupown, org tu tipu kite..
    wat macam2 kt belakang kite selama ni.. sgt2 sakit bila kepercayaan kite
    disia2 kan begitu jew.. kite syg dia sgt2, dia wat kite cmtu jew.. hmm..😦

    Balas

  2. pinggouu
    Sep 06, 2011 @ 03:26:32

    betul memang payah nak melupakan org yg kita syg..tapi kita harus cuba untuk melupakan dia kerana dia memang sudah x sayang kita lagi,jd buat apa kita syg pada org yg x syg kita kan..jd walau berat manapon kita cuba juga untuk melupakannya terus dr ingatan agar kita x sedih lagi..moga2 ada sinar harapan buat kita..Amin…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: