Putus Cinta

Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tetapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contohnya apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.

Advertisements

Hatii Gundah Gulana

istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

 

1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir – Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.w.w. kepada anaknya Siti Fatimah.

 

2. Berdoa – Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.

 

3. Sibukan Diri dengan Sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya.

 

4. Luahkan Perasaan – Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

 

5. Senyum – Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

 

 

Petua mendapatkan jodoh

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

 

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

 

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

 

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

 

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

 

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

 

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

 

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

 

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

 

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

 

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

 

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

 

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

 

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

 

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

 

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

 

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

 

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

 

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

 

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

 

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

 

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

 

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

 

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

 

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

 

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

 

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

 

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

 

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

 

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

 

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

 

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

 

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

 

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

 

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

 

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

 

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

 

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

 

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

 

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

 

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

 

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

 

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

 

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

 

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

 

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

 

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

 

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

 

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

 

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

 

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

 

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

 

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

 

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

 

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

 

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

 

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

 

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Memikat lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

 

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

 

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

 

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

 

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

 

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

 

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

 

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

 

9. Jangan terlalu mengongkong.

 

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

 

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

 

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

 

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

 

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor anda. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa anda boleh didekati tetapi bukan bererti anda ini perempuan murahan dan mudah didekati.

 

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

 

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

 

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

 

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

 

19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah anda kenali.

 

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

 

21. Lelaki suka anda menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

 

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

 

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

 

24. Lelaki tidak suka jika andau memakai mekap yang terlalu tebal.

 

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

 

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

 

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

 

28. Agresif.

 

29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya, berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

 

30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.

 

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda ini terlalu baik dan ‘perfect’.

 

32. Jangan perasan bahawa anda mempunyai paras rupa yang jelita.

 

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

 

34. Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu anda titik beratkan.

 

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

 

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

 

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

 

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu.

 

39. Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah anda yang kemas.

 

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

 

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya 2 kali seminggu agar tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

 

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

 

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

 

44. Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

 

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

 

46. Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

 

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

 

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

 

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib anda di meja makan.

 

50. Jangan terlalu “over”, nanti lelaki akan meluat pula dengan anda.

Kenapa aku suka tangguhkan kerja…

Kita tidak boleh lawan malas tetapi kita boleh latih diri kita sendiri untuk menjadi rajin. Jika kita lawan sikap malas, kita akan semakin terdorong untuk jadi malas bahkan kita akan bertambah-tambah jadi malas hingga kita suka bertangguh.

Bagaimana hendak menjadi rajin?

 

Cari sesuatu yang boleh dikerjakan dan kita buat. Orang yang malas adalah orang yang tidak ada matlamat dalam hidup.  Itu samalah dengan tidak ada senarai apa yang harus dibuat.

 

Kita akan mula dapat mengawal sikap bertangguh ini apabila kita anggap apa yang kita buat itu perkara yang penting. Oleh sebab ia penting, kita kena buat sekarang atau menulisnya di “PERINGATAN”, supaya kita mudah ingat nanti.

Kuncinya ialah anggap perkara itu penting, letak sebagai “PERINGATAN DIRI”.

 

Sekarang  kita sudah ada ‘senarai’ sendiri. Itu maknanya, kita melatih diri sendiri jadi orang bermatlamat yang dapat melatih diri kita mengawal dan mengikis sikap suka bertangguh.

 

Mengetahui kejujuran pasangan…

Jika pasangan anda suka berbohong pastilah merupakan sesuatu yang menyakitkan. Ketidakjujuran merupakan sesuatu yang dapat merosakkan hubungan yang telah terjalin, terutama pada pasangan tercinta. Dalam situasi yang tertentu, berbohong lebih baik daripada berkata benar. Misalnya teman anda menanyakan pada anda apakah dia kelihatan gemuk ? Tentu saja anda tidak akan mengatakan secara jujur bahawa dia gemuk. Kerana bukan itulah jawapan yang diinginkannya. Tetapi terhadap pasangan kita, kita haruslah jujur. Bila sekali saja anda berbohong, maka akan menjadikannya sebagai suatu kebiasaan. Sekali berbohong maka anda akan mencari alasan lain lagi untuk menutupi kebohongan yang pertama, yang dapat menimbulkan stress. Anda tidak akan hidup tenang.

 

Apakah pasangan anda selalu berbohong atau tidak ? –

Bahasa Tubuh – perhatikan bahasa tubuh pasangan anda sewaktu dia berbual dengan anda.  Anda akan mengetahui apakah dia jujur atau tidak. Tanda-tandanya ialah antara lain, dia gugup ketika berbicara, berpeluh, atau tidak tenang ketika bercakap dengan anda.

 

Kontek mata sewaktu bercakap – Lihat matanya semasa dia bercakap, sehingga anda akan tahu dia jujur atau berbohong. Orang yang sedang berbohong pasti tidak tahan bila direnung matanya.

 

Tiada komitmen pada apa yang dikatakannya – Jika pasangan anda berjanji untuk menemani anda pergi ke sesuatu tempat,  tetapi dia selalu saja membatalkannya,  maka anda perlulah curiga terhadap alasannya. Apabila  anda merasa tidak dapat lagi mempercayai pasangan anda, perlu anda mengutarakan hal ini padanya. Cubalah untuk jujur dalam situasi apa pun terutama terhadap pasangan tercinta.

%d bloggers like this: