Sakit mata

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.

2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.
3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.
4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.
5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.
6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.

kaedah Kedua:

1. Ambil beberapa helai daun sirih.
2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.
3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.
4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.
5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.
Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga sakit mata anda beransur pulih.

Kaedah Ketiga:
1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).
2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.
3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.
4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.

Petua Untuk Menghilangkan Bau Badan

Pilihan 1: Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandi setiap pagi dan petang selama seminggu.

Pilihan 2: Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan basuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

Pilihan 3: Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi. Dibelah dua. Sebelum mandi sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 8 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Bau badan akan hilang.

Pilihan 4: Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Pilihan 5: Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih. Kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

Pilihan 6: Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tersebut dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 4 kali seminggu.

Pilihan 7: Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

Pilihan 8: Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 18 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

Pilihan 9: Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan sapukan ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Pilihan 10: Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 50 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Pilihan 11: Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 18 minit sebelum mandi. Amalkannya 3 kali seminggu.

Kuih Sagu

Bahan-Bahan 

2 cawan biji sagu (rendam dahulu selama 1 jam untuk kembangkan biji sagu)

1 1/2 cawan gula

3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah

2 cawan air

Kelapa parut ambil yang putihnya saja

Secubit garam

 

Cara Penyediaan

1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air.

2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.

3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat. Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau, tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan. Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

Petua Untuk Membunuh Lipas

1. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Lipas akan mati,
2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
3.Jika lipas terlalu banyak, anda bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti pergedel dan letak di tempat banyak lipas.

Doa Untuk Pasangan Suami Isteri

Doa Untuk Pasangan Suami Isteri

by Pak Ngah – Farit Ismeth Emir on Friday, May 13, 2011 at 2:54am

اًللَّهُمَّ بِأَمَانَتِكَ أَخَذْتُهَا وَبِكَلِمَاتِكَ اِسْتَحْلَلْتُ فَرْجَهَا، فَإِنْ قَضَيْتَ لِي مِنْهَا وَلَدًا فَاجْعَلْهُ مُبَارَكًا سَوِيًّا وَلاَتَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ شَرِيْكًا وَلاَنَصِيْبًا

Allâhumma biamânatika akhadztuhâ, wa bikalimâtika istahlaltu farjahâ, fain qadhayta lî minhâ waladan faj`alhu mubârakan sawiyyâ, walâ taj`al lisysyaythâni fîhi syarîkan walâ nashîbâ.

Ya Allah, dengan amanat-Mu kujadikan dia isteriku dan dengan kalimat-kalimat-Mu dihalalkan bagiku kehormatannya. Jika Kau tetapkan bagiku memiliki keturunan darinya, jadikan keturunanku keberkahan dan kemuliaan, dan jangan jadikan syaitan ikut serta dan mengambil bahagian di dalamnya

Petua Untuk Merawat Telinga Bernanah

1. Ambil sehelai daun lembiaga.
2. Layurkan ia di atas api.
3. Apabila permukaan daun itu agak basah, perahkan daunnya.
4. Air perahan itu hendaklah dititiskan ke dalam telinga yang bernanah.

Petua Untuk Mata Terang Sampai Tua

Untuk menjaga mata agar sentiasa dapat melihat dengan baik hingga tua, amalkan membaca Surah 4 Kul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata. Surah-surah 4 Kul tersebut adalah Surah Nas, Surah Falaq, Surah Ikhlaas dan Surah Kafiroon.

Previous Older Entries

%d bloggers like this: