Petua Untuk Mengurangkan Masalah Angin Dalam Badan

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata ;”Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya, kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana, apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan.
Apa yang perlu anda buat:
1. Cium atau hidu bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
Pastikan anda hidu atau cium dahulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.

Rawatan Untuk Gatal Kulit Kepala

Jika anda mengalami masalah ini, berikut adalah penjelasan kenapa ia berlaku:
1. Kebiasaan mencuci rambut dengan air panas dapat mengurangi minyak dari kulit. Hal ini menyebabkan kulit kepala kekeringan dan akhirnya menjadi gatal.
2. Ketombe merupakan penyebab lain yang membuat kulit kepala menjadi gatal.
3. Orang yang mengidap penyakit kulit psoriasis juga mudah mengalami masalah ini.
Petua:
1. Guna syampu yang diformulasikan untuk kulit kepala berketombe. Ia akan mengurangi rasa gatal yang disebabkan ketombe.
2. Jangan guna air panas untuk membasuh rambut. Sebaiknya gunakan air sejuk semasa anda mencuci atau membasuh rambut.
3. Gunakan masker rambut untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh beli di salun rambut atau farmasi.
4. Andainya masalah ini berlarutan, kunjungilah pakar dermatologi untuk rawatan selanjutnya.

Petua Supaya Suami Tidak Cari Perempuan Lain

1. Baca surah Ali Imran ayat 200, tiga kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.
2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.
3. Rajin-rajinlah solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t. mencantikkan rupa anda.

Petua Untuk Menambat Hati Suam

1. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
2. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian. Cuma terangkan akan kerisauan anda apabila tidak mendapat berita.
3. Layanlah suami sepertimana anda melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.
4. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
5. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun anda tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk hati.

Petua Untuk Memikat Kembali Orang Yang Anda Pernah Cinta

Fikir dan Bertindak – Tanyakan dahulu macam mana kehidupan dia sekarang. Adakah dia lebih bahagia bila kehilangan anda ataupun dia sudah punyai kekasih hati yang lain?

Jangan Menagih Simpati – Jangan gelabah. Buat seperti biasa dan jangan terlalu tunjukkan perasaan kesian terhadapnya. Jangan sesekali merayu padanya.

Ambil Perhatian – Tunjukkan yang anda sayangkan dia. Ambil kisah dengan apa yang dia lakukan, tetapi biarlah bersempadan. Jangan lebih-lebih.

Adakan Temujanji – Ajak dia keluar seperti pergi makan bersama, tenguk wayang atau lain-lain. Pastikan tempat perjumpaan anda itu mestilah tempat yang selalu anda dan dia berjumpa. Biarkan dia ingat kembali kisah lama.

Biarkan Dia Rindu – Lakukan perkara yang akan membuatkan dia rindu kembali pada anda. Perkara yang akan buat dia sentiasa ingat pada anda.

Cara membuat Gigi Kuning menjadi Putih

Arang Kayu

Arang boleh membersihkan gigi tapi berbahaya kerana merosakan enamel gigi secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi

Lemon dan Garam

membuat ubat gigi sendiri dengan menggunakan titisan jus lemon dicampurkan dengan sedikit garam.gosok dengan lembut..ia membantu menghilangkan karat pada gigi.

 

Kulit Limau

Gosok gigi dengan bahagian dalam kulit limau .kulit limau mengandungi unsur pemutih yg lembut.membantu menghilangkan karat pada gigi.

 

Daun Kari

Ambil 6 helai daun kari dijemur bawah matahri sehingga kering dan rangup.kisar daun kari tersebut setelah itu campur sedikit kulitĀ  limau serbuk.gosok pada gigi..Insyaallah 2 minggu gigi kembali pulih.

 

Buah Stawbery

Gosok pada gigi.insyaallah akan kembali pulih..

 

Ekstrak epal dan cuka putih

Gosok pada gigi…tapi berbahaya juga kerana mengandungi lebihan asid sitrik..jd kalu sekali sekala boleh la mencuba.

 

Sunday, September 11, 2011

Tips Tarik Suami Ke Ranjang

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.
2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.
3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.
4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.
5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.
6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.
7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.
8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.
9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.
10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.
11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.
12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.
13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.
14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza

Previous Older Entries Next Newer Entries

%d bloggers like this: