Hello Malaysia

come!!!

Muhd Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun Depan

Muhd Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun Depan

Muhd Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun Depan

    November 25, 2011

No Comments

8
0
0

share

8

share

KUALA LUMPUR – Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 Nov lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

“Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau,” kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama Jumaat.

“Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

“Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka,” katanya. – BERNAMA

Episod Abby Abadi Dengan Amira

Episod Abby Abadi Dengan Amira

Episod Abby Abadi Dengan Amira

    November 25, 2011

1 Comment

6689
15
0

share

6704

share

Apa la nak jadi dengan kehidupan Abby Abadi sekarang ni ekr, tawaran lakonan dah makin kureng, timbul pula episod luka bersama seorang wartawan tempatan, Amira yang disangka baik pada mulanya namun menjadi keruh disebabkan artikel yang ditulisnya diakhbar tutzzzz yang hingga kini masih lagi jadi bualan di laman Fan Page Abby.

Memang banyak yang menyokong Abby dari mengutuknya.

Episod Abby Abadi Dengan Amira

Namun itulah dugaan hidup Abby sekarang yang dia hadapi dan jalani sebagai satu proses lumrah kehidupan.

Kita harapkan masalah Abby segera selesai dan semoga dapat mendapatkan ‘penganti’ Norman. Kalau ustaz ok juga. 🙂

Petua Untuk Hilangkan Sejuk Kaki dan Kebas

Jika kaki atau tangan anda sering mengalami sejuk-sejuk dan kebas, ambil beberapa batang serai. Serai tersebut digiling dan sapukan pada bahagian yang sejuk atau kebas. Amalkannya tiap-tiap malam semasa hendak tidur dan jangan kena air.

 

Doa mendapatkan jodoh dan rezeki menurut Al Quran

Berikut ini amalan-amalan atau doa agar dimudahkan jodoh dan rezeki oleh Allah SWT. Kutipan berikut ini penulis ambil dari website Habib Munzir Al Musawwa.

  1. saya Ijazahkan pada beliau doa : “Rabbiy Inniy limaa anzalta ilayya min khairin faqir” (Wahai Tuhan, sungguh aku sangat faqir atas pemberian anugerah Mu), doa ini adalah doa Nabi Musa as, kemudian Nabi Musa as didatangi calon istrinya dan sekaligus mendapat pekerjaan. doa ini tercantum pada QS Al Qashash 24).Sumber.
  2. saya sarankan anda membaca dzikir Subhanallahi wabihamdih, bacalah 100X setiap pagi dalam keadaan suci, dzikir ini disarankan oleh Nabi saw sebagaimana sabda beliau saew : Barangsiapa membaca Subhanallahi wabihamdih 100X setiap harinya maka berjatuhan dosa dosanya walau sebanyak buih dilautan (Shahih Bukhari)dan sabda Rasulullah saw : “Kalimat yg paling dicintai Allah adalah Subhanallahi wabihamdih” (Shahih Muslim)dzikir ini mencerahkan wajah, menenangkan hati, menyejukkan jiwa, dan membuka banyak kemudahan, dan berlimpah kemudahan dan tersingkirnya kesulitankenapa?karena kita menyukai dan mencintai dan mengamalkan ucapan yg dicintai Allah, maka Allah akan memberi apa apa yg kita senangi dan sukai, yaitu kecerahan wajah, kemudahan hidup, dan ketenangan hati. Sumber.
  3. saya Ijazahkan pada anda untuk mengamalkan surat Al Qureisy (Lii iilaa fii qureisyin….dst) . amalkanlah 21 x setiap harinya, ia membawa keberkahan kemudahan rizki, kebahagiaan dan keamanan dari segala yg dirisaukan

Petua Untuk Mengasihi Suami

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

 

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

 

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

 

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

 

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

 

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

 

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

 

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

 

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

 

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku”.

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

 

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

 

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

 

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

 

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

 

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

 

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga

Koleksi Petua Untuk Hilangkan Kelemumur

1. Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.
2. Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.
3. Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

Petua Untuk Mengecilkan Lengan atau Peha

Sebenarnya, badan kita sendirilah yang mengatur pembakaran lemak di bahagian mana – mana badan. Kita tidak boleh mengatur yang mana perlu kurus dahulu atau yang mana perlu gendut dahulu. Semuanya bergantung pada genetik kita masing-masing. Seperti ada orang yang makan banyak kemudian lengannya dulu yang berubah gemuk, tetapi ada orang lain yang lengannya tidak menjadi masalah melainkan pahanya terlebih dulu yang menjadi gemuk.

Tetapi selain daripada itu, ada satu aturan yang perlu kita ketahui iaitu apabila anda kurus dan kemudian makan banyak dan menjadi gemuk, perhatikanlah urutan anda menjadi gemuk ”Apabila dimulai dari peha, kemudian perut, dan terakhir pipi” maka kalau anda menguruskan badan anda, urutan tersebut akan dibalik. Yang akan kurus pertama adalah pipi, kemudian perut dan terakhir peha.

Itulah yang membezakan badan setiap individu dan membuatkan kita bingung dengan pertanyaan ”kenapa peha saya masih besar padahal perut saya sudah kempis”. Penyelesaiannya adalah teruskanlah usaha anda, kerana badan kita sememangnya mempunyai urut-urutan tersendiri untuk membakar lemak. Setelah lemak di bahagian perut berkurang, badan akan mulai mengurangi lemak di bahagian peha atau lengan seperti urutan yang sudah diprogramkan dalam diri anda.

Petua Untuk Mengurangkan Masalah Angin Dalam Badan

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata ;”Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya, kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana, apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan.
Apa yang perlu anda buat:
1. Cium atau hidu bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
Pastikan anda hidu atau cium dahulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.

Rawatan Untuk Gatal Kulit Kepala

Jika anda mengalami masalah ini, berikut adalah penjelasan kenapa ia berlaku:
1. Kebiasaan mencuci rambut dengan air panas dapat mengurangi minyak dari kulit. Hal ini menyebabkan kulit kepala kekeringan dan akhirnya menjadi gatal.
2. Ketombe merupakan penyebab lain yang membuat kulit kepala menjadi gatal.
3. Orang yang mengidap penyakit kulit psoriasis juga mudah mengalami masalah ini.
Petua:
1. Guna syampu yang diformulasikan untuk kulit kepala berketombe. Ia akan mengurangi rasa gatal yang disebabkan ketombe.
2. Jangan guna air panas untuk membasuh rambut. Sebaiknya gunakan air sejuk semasa anda mencuci atau membasuh rambut.
3. Gunakan masker rambut untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh beli di salun rambut atau farmasi.
4. Andainya masalah ini berlarutan, kunjungilah pakar dermatologi untuk rawatan selanjutnya.

Petua Supaya Suami Tidak Cari Perempuan Lain

1. Baca surah Ali Imran ayat 200, tiga kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.
2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.
3. Rajin-rajinlah solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t. mencantikkan rupa anda.

Previous Older Entries